Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, July 16, 2008

Terkini: Anwar Ibrahim ditahan

Polis menahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya dan dibawa ke ibupejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan kira-kira jam 12.55 tengahari sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Difahamkan pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.Anwar pula tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi kenderaan polis.

Sumber: Malaysiakini


No comments: