Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, July 23, 2008

Pakatan Rakyat anjur 'Majlis Bersama Pemimpin' esok

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Hrkh) - Pakatan Rakyat Gombak menganjurkan majlis bersama pemimpin di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, pada Rabu, 23 Julai ini.

Majlis bersama pemimpin tersebut membariskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; anggota Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu; ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Adun Hulu Kelang, Saari Sungib; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan K.S Kottapan.

Majlis yang akan bermula jam 8 malam dengan jamuan satay, akan disusuli dengan ucapan para pemimpin.

Bagi orang ramai yang ingin menghadiri majlis tersebut, tiket berharga RM20 dijual bagi tujuan dana bangunan MTD PAS Gombak.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, 2, Lorong Perak, Pusat Bandar Taman Melawati, Muslim (019-2264535) dan pejabat Adun (03-40156610). - mks._

Sumber: HarakahDaily

No comments: