Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Saturday, July 26, 2008

Anwar ke Putrajaya Confirmed! Malaysiakini

Jalan ke Putrajaya semakin hampir buat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Isu Anwar Ibrahim di tuduh meliwat tidak menghalang bekas-bekas UMNO dan mereka yang baru berpolitik menyertai Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

Membaca Internet menunjukkan bahawa pertuduhan liwat itu pada mulanya memberi kesan negatif terhadap politik Anwar tetapi akhir-akhir ini kesan negatif itu sudah menunjukkan perubahan kepada satu konspirasi oleh UMNO terhadap Anwar. Ini akan menjahanamkan UMNO dan sehingga hari ini UMNO gagal menangkis tohmahan bahawa ada antara mereka yang terlibat dalam konspirasi itu. Najib menjadi sasaran yang dituduh membina konspirasi ini dan ini semakin di terima dari kalangan penyokong pembangkang.

Teori rampasan kuasa dengan mencetuskan kemelut politik dikatakan berlaku dan pertuduhan liwat itu adalah plot kepada skrip yang lebih besar kata MPT Keadilan – Badrul Hisham Shahrin. Adakah ini benar bahawa pertuduhan liwat itu satu konspirasi? Apa pun kalau terbukti ini satu konspirasi maka langkah Anwar Ibrahim menduduki Putra Jaya semakin terbuka luas.

Persoalan ini satu konspirasi semakin lama semakin membesar. Parti Keadilan Rakyat sudah semakin hari semakin dapat meyakinkan khususnya mereka di alam siber bahawa ini satu konspirasi. Tindakan Anwar menjelajah keseluruhan negeri juga semakin lama semakin kuat membayangkan ini satu konspirasi.

Raja Petra dengan pendedahan terbaru yang akan dibuat mengenai rakaman video mengenai isu liwat Anwar semakin kuat meraih kepercayaan orang bahawa ini satu konspirasi. Apa yang boleh dibagi tahu kepada pelayar www.umno-reform.com ialah : benar, video itu ada dan bukan sahaja video itu wujud tetapi pengakuan orang dalam video itu dikatakan jelas mengatakan bahawa Najib terbabit.

Pengakuan video itu dimaklumkan kepada kami juga memperkatakan bahawa Bekas Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Nor ada bertemu dengan Saiful dan ini menguatkan hujah dalam keadaan Ezam Mohd Nor sedang sibuk berusaha menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri.

Politik Melayu semakin keliru. Politik bukan semakin hebat tetapi semakin sadis. Politik ini memalukan Melayu dan politik itu sendiri merugikan Melayu. Dalam keadaan pergolakan ini usaha untuk terus mengeruhkan keadaan semakin menjadi-jadi. Ditambah pula tidak lama lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan mereka. Dari keruh bukan semakin jernih tetapi semakin menggusarkan kedudukan orang Melayu, kedudukan UMNO dan Barisan Nasional.

Tanpa ragu Barisan Nasional khususnya UMNO masih gagal dalam menangani serangan baik siber atau secara realitinya. UMNO semakin terus dibelasah dan keadaan ini memberi petanda yang kurang menarik bagi UMNO. Mungkin keadaan yang ada dalam UMNO dan Barisan Nasional ini mengalihkan pandangan dan sokongan rakyat dari UMNO kepada PAS atau Parti Keadilan Rakyat. Mungkin ini akan menyebabkan jalan Pakatan Rakyat memerintah semakin kukuh dan Anwar semakin nampak jalan ke Putra Jaya.

Anuar Mohd Nor

5 comments:

Folk Doll said...

HIDUP Anwaar !!! Hidup PAKATAN RAKYAT !! SOoN Bee End will colapse!! Hi : Putrajaya we will coming SooN.....!

Anonymous said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Saudara shamsul iskandar mohd akin
Jangan nak gi putra jaya dulu tolong cek adun2 PKR di Perak yg akan menjadi katak untuk melompat ke lombong emas BN , N badut Ezam da confirmed bahawasanya Adun Pos Pangkor Dr Zambery Kadeer N seorang lagi adun PKR akan menyertai BN. Tolong cek sedalam dalamnya perkara dan jangan nak sibuk berangan nak gi Putra Jaya

Ang Nua Lee Wat said...

Muka saudara Shamsul (AMK) seperti pernah saya lihat....tapi dimana yeeer..saya rasee yeer...mungkin di SEPANG SELANGOR..dekat kawasan penternakan.

crower said...

Assalamualaikum,

Anwar ke Putrajaya Confirmed ?

1. Kenyataan yang amat angkuh. Kita manusia hanya mampu merancang, namun Allah menentukannya.

2. Dari segi undang-undang, Kenyataan-Kenyataan Bersumpah yang merujuk kepada "hearsay" tidak mempunyai atau mempunyai kredibiliti yang meragukan.

3. Apatah lagi pengakuan yang dibuat melalui "home made" video. Ianya merupakan "pengakuan" secara "hearsay" yang dibuat oleh orang yang dikatakan mendengar perbualan oleh pihak ketiga.

4. Pengakuan-pengakuan sedemikian boleh dibuat oleh mana-mana pihak untuk memberikan political mileage kepada pihak yang memerlukannya.

5. Saya tidak memihak kepada mana-mana parti, namun hujah-hujah saya bersandarkan kepada fakta dan undang-undang.

Anonymous said...

Dear Mr. Ang Nua Lee Wat...

Rajin betol pergi ke Sepang menilik muka kat ladang ternakan tu... Buat aper kat sana? Kira komisyen ker?........