Angkatan Muda Keadilan Melaka mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah berhujah dengan profesional, bijak dan fakta yang konkrit. Datuk Seri telah berjaya menyampaikan mesej dan fakta yang jelas kepada rakyat keseluruhannya bahawa kita dalam Pakatan Rakyat sentiasa komited serta bersedia untuk memperjuangkan hak rakyat.
Tidak dapat dinafikan lagi komitmen Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, apabila Datuk Seri mengumumkan penurunan harga minyak sebanyak 50 sen pada peringkat awalnya sekiranya kita memegang tampuk pemerintahan. Selain itu Datuk Seri telah berjaya menangkis fitnah dan tohmahan yang diterima, walaupun berulang kali peribadi Datuk Seri diserang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah berjaya menyentuh soal ketirisan dan kebocoran yang berlaku dalam pembahagian subsidi, projek yang menguntungkan sesetengah pihak dan masalah pengurusan di dalam kerajaan BN hari ini sehingga menyebabkan rakyat yang menanggung beban.
Sekali lagi, Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim! Reformasi!
Admin
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment