Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, July 25, 2008

Kerajaan Terengganu harus contohi kerajaan pakatan rakyat - AMK

KUALA TERENGGANU, 24 Jun (SK)-Angkatan Muda KeADILan Terengganu meminta kerajaan negeri berkenaan mencontohi pentadbiran kerajaan Negeri-negeri dibawah Pakataan Rakyat didalam mengunakan aset kerajaan.

Menurut Ketuanya, Fariz Musa dalam aspek ini, Kerajaan Terangganu haruslah peka dengan masalah ekonomi negara yang inflasinya semakin hari semakin meninggi.

“Kerajaan Terengganu harus menghormati perasaan rakyat, rakyat masih lagi merana dengan penambahan kos sara hidup, namun kerajaan menggunakan perbelanjaan dengan begitu mewah,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Besar Terengganu Ahmad Said membuat kenyataan untuk menukarkan kereta Proton jenis Perdana V6 kepada Mercedes dengan alasan kos penyelengaraan perdana lebih mahal.

Tambah Fariz, kerajaan Terengganu harus menyokong produk kenderaan nasional dan seharusnya jika Perdana V6 yang dikeluarkan Proton begitu mahal penyelenggaraanya, kerajaan harus menukarkan kepada produk lain.

“Proton mempunyai banyak produk, antaranya Waja dan Wira, sekiranya mahu menjimatkan kos selenggara, tukarlah kepada kenderaan berkenaan bukan membeli yang lebih mahal,” katanya.

Sementara itu berkaitan dengan kos penyelenggaraan Perdana sehingga mencecah lebih RM 50,000 bagi sebuah kereta, Menurut Fariz, AMK akan membuat satu laporan polis esok di IPD Kuala Terengganu.

Sumber: Suara Keadilan

No comments: