Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, July 30, 2008

Anwar: Qazaf liwat seperti zina

kemaskini 1:59pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk memberikan kenyataan berhubung aduannya mengenai tuduhan liwat terhadapnya oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mantan timbalan perdana menteri itu ditemani oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Selepas pertemuan selama dua jam setengah, Anwar berkata beliau turut mengemukakan hujah daripada ulama usul fekah Dr Taha Jabir al-Ulwani yang menyebutkan qazaf bagi tuduhan liwat terpakai seperti tuduhan zina.

Anwar membuat aduan terhadap Mohd Saiful pada 9 Julai lalu agar jabatan agama itu menyiasat pemuda tersebut bawah kesalahan qazaf atau tuduhan palsu.

Sementara itu, para wartawan telah berkumpul di rumah Anwar di Bukit Segambut sejak jam 5.30 pagi tadi susulan khabar angin yang mengatakan beliau mungkin akan ditahan dan didakwa atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun tiada apa yang berlaku dan Anwar tiba di pejabat JAWI pada jam 10.30 pagi.

Dalam sidang media yang sama, penasihat PKR berkata beliau tidak risau dengan hasil pemeriksaan terhadap Mohd Saiful di hospital Kuala Lumpur (HKL) jika ia dijalankan secara profesional.

"Tahun ini, kita ada sedikit ruang, sebab itu kita dapat laporan doktor. Bahkan laporan HKL, saya tidak bimbang sama sekali. Soalnya apakah ada kemungkinan (laporan di HKL) selepas itu dikoyak atau dipinda," katanya.

Sumber (Gambar): theage
Sumber: Malaysiakini

No comments: