Assalamualaikum to all.
Saya pohon kpd rakyat & para penyokong Pakatan Rakyat supaya bertenang dengan berita kononnya DSAI akan ditangkap dalam 48jam.
Saya percaya ini adalah khabar angin yang sengaja disebarkan untuk provok kita mengambil tindakan yang nanti akan digunakan untuk mengambil tindakan terhadap kita.
Saya seru supaya rakyat bertenang & akur kepada arahan supaya tidak melakukan sesuatu diluar undang-undang.
Setakat ini para peguam tidak dimaklumkan berkenaan sebarang tindakan menangkap & menuduh DSAI. Yang kami tahu fail siasatan baru saja diserahkan kepada Peguam Negara untuk dikaji.
Ini bermakna sebarang tindakan akan hanya boleh di ambil setelah pihak AG berpuashati dengan tahap siasatan. Saya dimaklumkan bahawa pasukan pendakwaraya akan diketuai sendiri oleh Peguamcara Negara Dato Idrus Ibrahim. Kami telah diberi jaminan sebarang tindakan pertuduhan yang hendak diambil terhadap DSAI akan dimaklumkan kepada kami peguam terlebih dahulu.
So guys..be cool. Go for your tehtarik & roticanai first.
We will definitely inform the public if there's any pending arrest/ charges.Sementara itu, kami meminta supaya semua kita mendoakan dan bermunajat memohon kebenaran ditunjukkan oleh ALLAH. Kita sekarang berada dalam keadaan yang sangat mengelirukan.
Moga ALLAH memberikan kita petunjuk & hidayahNya.
Ameen..adios
Sumber: YB Zulkifli Nordin Blog
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment