TEMERLOH, 1 OGOS (Hrkh) ? Veteran PAS gembira dan mengalu-alukan keputusan Mesyuarat Khas Jawtankuasa Agong PAS Pusat yang menolak kerjasama dengan Umno sebagaimana diumumkan presiden PAS, 31 Julai lalu.
Semalam Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya mengumumkan PAS menolak mengadakan sebarang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri.
Beliau berkata sebarang tawaran untuk mewujudkan kerjasama politik tidak lagi berbangkit.
"PAS akan terus terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan parti-parti politik, badan bukan kerajaan, institusi ataupun mana-mana individu demi kepentingan agama dan rakyat," ujarnya.
PAS mengulangi pendiriannya untuk terus kekal bersama pakatan Rakyat dan akan memainkan peranan aktif dan positif termasuk perjuangan bersama untuk membuat perubahan.
"Kita mengajak ahli-ahli parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk sama-sama sokong dan dokong perubahan yang hendak dilaksanakan," katanya.
Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti tersebut terhadap mana-mana pimpinan yang mengadakan pertemuan sulit dengan BN, katanya, "tiada yang sulit lagi, kita mengatakan boleh mengadakan pertemuan dengan syarat ia dimaklumkan kepada parti".
PAS juga katanya menghargai sokongan bukan Islam dan mereka akan diberikan peranan lebih pada masa akan datang dalam arena politik bersama PAS.
Dalam pada itu, Ustaz Abdul Hadi turut menyatakan bahawa pihaknya turut menyatakan sokongan dalam isu Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Isu tersebut hendaklah diselesaikan mengikut syariat Islam, berdasarkan perlembagaan 121 yakni kes yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah.
"Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan. Kalau sekiranya ia tidak boleh (dirujuk kepada mahkamah syariah) Umno kena buat perubahan.
"Ya, saya membela siapa yang kena zalim termasuk Dato' Seri Anwar," ujarnya.
Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Sheikh Hussein Jaafar berkata, keputusan yang dimuktamadkan oleh PAS itu sangat tepat.
Ini kerana pengalaman perit ketika bersama Umno dalam Barisan Nasional (1974-1978) masih lagi terasa apabil Umno menendang PAS keluar dari pakatan itu.
Beliau yang turut terlibat dalam rundingan kerjasama PAS-Umno di Pahang menyifatkan Umno berjaya memerangkap PAS menyertai BN bagi mengukuhkan kedudukanya.
"Apabila Umno kembali kuat mereka mula menindaskan PAS dan akhirnya 'tendang' PAS keluar," ujarnya.
Jelasnya semasa berada dalam BN pada awalnya PAS dibenar menubuhkan cawangannya di seluruh negeri tetapi apabila rakyat memberi sokongan kepada PAS, Umno mulai curiga dan menghalangnya.
Menurutnya lagi, PAS Pahang hanya diberi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) ialah Bukit Ibam sedangkan PAS mahu diberi enam kerusi Dun.
Ini menyebabkan Pesuruhjaya PAS Pahang waktu Itu Ustaz Jamahir Idris terpaksa melepaskan jawatannya. Jawatan itu diambil alih oleh Ustaz Rusdi Arif.
Seorang lagi veteran PAS, Manaf Latif 74, pula berasa lega dengan keputusan PAS pusat itu.
"Saya sangat bimbang jika pimpinan PAS terperangkap dengan helah Umno kali ini," katanya.
Manaf yang juga Ketua Pemuda PAS Pahang pertama berkata, PAS tidak mempunyai sebab untuk mengadakan pakatan dan perkongsi kuasa dengan Umno.
Katanya, dalam keadaan Umno bermasalah, sokongan orang Melayu kepada parti itu merosot memerlukan parti itu menukar strategi perjuangan.
"Bagi saya eloklah PAS meneruskan perjuangan bersama Pakatan Rakyat yang baru dan masih dalam pembinaan berbanding Barisan Nasional yang telah lama wujud, bagaimanapun untuk bermuqabalah, bermuamalah ia tidak menjadi masalah," katanya. - mns_
Sumber: HarakahDaily
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment