Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, April 9, 2009

Azilah dan Sirul di hukum gantung sampai mati - Suara Keadilan

SHAH ALAM, 9 April (SK) : Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada kedua-dua anggota polis tindakan khas, Cif inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar pagi tadi.

Kedua-dua mereka didapati bersalah di atas tuduhan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu di kawasan antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Puncak Alam, antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 lalu.

Altantuya. dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya diletupkan dengan bom C4 di kawasan hutan di Puncak Alam.

Kes berprofil tinggi ini yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, yang rapat dengan Perdana Menteri Najib Razak dituduh bersubahat dengan pembunuhan berkenaan.

Sejak kes terbabit diketahui umum, Najib berulangkali terpaksa menafikan sembarang pembabitannya dalam kes tersebut yang mengundang liputan meluas di merata dunia.

Beliau bagaimanapun, dibebaskan daripada tuduhan tersebut pada 31 Oktober tahun lalu dan pembebasan beliau telah mencetuskan spekulasi bahawa wujudnya “kuasa di sebalik tabir’ yang menentukan keputusan yang dibuat.

Kedua-dua Azilah dan Sirul dikatakan menjadikan ‘korban’ untuk melindungi pihak-pihak tertentu.

Cif Inspektor Azilah,33 dan korporal Sirul Azhar,37 telah membela diri mereka tanpa sebarang saksi di perbicaraan yang dijalankan.

Azilah yang membentangkan keterangannya secara mulut dari kandang tertuduh diwakili oleh peguambela Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar.

Manakala Sirul Azhar pula yang diwakili oleh Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal memilih untuk membaca keterangan bertulis beliau juga dari kandang tertuduh.

Pihak pendakwa pula diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup and Hanim Rashid.


SK


No comments: