Baru lepas menyusuri jalan lama ke Kuala Kangsar. Pengundi-pengundi sudah mula keluar, jalanraya sudah mula sesak terutama dihadapan SK Panglima Bukit Gantang.Petugas-petugas parti sudah memenuhi pondok-pondok panas, manakala muslimat sudah mula berpeluh menayang poster dan merayu undi.
Aku rasakan, corak pengundian di Bukit Gantang akan berlainan dari apa yang berlaku di Permatang Pauh atau Kuala Terengganu.Di Permatang Pauh, pengundi hanya keluar sebelah petang, walaupun hari mengundi diistytiharkan sebagai hari cuti. Di Permatang Pauh, peratus mengundi hanya berlegar sekitar 50% menjelang tengahari.
Di Kuala Terengganu pun, menjelang tengahari, tidak sampai 50% yang keluar mengundi.
DiBukit Gantang,Pakatan Rakyat perlu memobilisasikan semua jentera mereka untuk memastikan peratus mengundi mencapai sekitar 60% menjelang tengahari. Sekiranya ini tidak berlaku, PR mungkin menghadapi masalah. DiBukit Gantang, hujan sebelah petang ada lah perkara biasa. Kalau tak hujan, itu luar biasa.
Ramai petugas PR datang dari luar yang mungkin tidak memahami keadaan cuaca disini. Mungkin ada yang relax nanti dan menunggu hingga petang. Bila hujan, keadaan jalan akan sesak, ditambah pula dengan roadblock yang begitu banyak.Jangan cari masalah macam di Permatang Pauh atau Kuala Terengganu.
Peluang untuk PR menang di Bukit Gantang makin cerah. Kempen-kempen terakhir semalam banyak memihak kepada Pas yang membuat beberapa sentuhan terakhir dengan pengundi. Kehadiran ramai pemimpin Umno semalam gagal menarik minat pengundi walaupun tidak dapat dinafikan, kehadiran Mahathir mungkin mampu menarik sebilangan kecil pengundi.
Ceramah-ceramah Ezam and the gang tak ada yang baru. Hanya menghentam Anwar Ibrahim. Osman dan Jamal yang melompat juga gagal menarik minat...sehinggakan ceramah mereka terpaksa dipindahkan ke hujung kampung. Osman dan Jamal pula masih tergagap-gagap...terutama bila melihat sekumpulan orang-orang PKR hadir dalam ceramahnya.
Ceramah Umno pula banyak menghadapi masalah. Malam tadi, ceramah yang sepatutnya menampilkan Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaludin terpaksa dibatalkan apabila orang-orang Umno Bukit Gantang yang menyokong Mukhriz, menghalang Khairy berucap.
Debat Husam Musa dan Zahid Hamidi juga tidak menjadi apabila Zahid gagal menghadirkan diri.
Kami dari Bloggers Network akan cuba membawakan berita-berita terkini. Anchorman, Albanjari sudah pun membawakan berita-berita terkini.Ummi sudah pun membuat rondaan untuk meninjau perjalanan pengundian. Dan Perisik Rakyat akan membawakan gambar-gambar menarik menjelang tengahari nanti.
Stesyen Media 1 di Bukit gantang sudah dipenuhi para bloggers. Amin Iskandar, Danny Lim, Manjung Mari, malah Pink Turtle juga sudah sampai di Stesyen Media 1. Mereka sudah mula bergerak keluar sebentar tadi dan akan berkumpul semula menjelang petang.
Kami akan cuba membawa keputusan pilihanraya secepat mungkin. Dua bloggers akan ditempatkan di Bilik Gerakan Utama Pas Air Kuning untuk mendapatkan keputusan tidak rasmi.Manakala dua lagi akan berada di Dewan bandaran Taiping untuk keputusan rasmi.
Kami Siberboron dan MSK akan berada di Control Room.Dan seperti biasa, pastikan anda melayari semua blog-blog Bloggers Network kerana masing-masing akan membawa maklumat tersendiri.
(Seperkara lagi...sms sudah mula membanjiri handphone aku bertanyakan perkara yang belum berlaku. Jangan la tanya soalan yang aku tak boleh jawab. Dan aku tak mungkin dapat membalas SMS buat masa ini. So please...)
Perak Express
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment