Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, April 28, 2009

Wanita Umno Kedah mahu muzakarah dengan MB - mStar

ALOR SETAR: Pergerakan Wanita Umno Kedah bercadang untuk bertemu dan bermuzakarah dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi berbincang mengenai isu-isu pembangunan wanita di negeri ini.

Ketuanya, Datuk Maznah Abdul Hamid berkata Wanita Umno Kedah akan memberi tumpuan mengenai isu-isu perundangan dan ekonomi wanita sebagai agenda kepimpinan baru.

Katanya beliau bersama barisan Jawatankuasa Wanita Umno yang baru bersedia untuk berbincang secara terbuka dengan kerajaan negeri pimpinan PAS itu demi kepentingan kaum wanita di Kedah.

"Saya rasa tidak ada masalah untuk saya bertemu Datuk Seri Azizan kerana perjumpaan itu demi kesejahteraan ekonomi rakyat secara amnya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat wanita Umno negeri di sini.

Katanya Wanita Umno juga akan mempertingkatkan aktiviti kebajikan dan usaha peningkatan taraf hidup serta melayan dan mengambil tindakan terhadap aduan awam.

"Kita juga akan membuka klinik pengaduan awam dan pengerusi biro akan dilantik untuk menyelesaikan aduan awam," katanya.

Maznah juga berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan pimpinan wanita daripada parti komponen Barisan Nasional untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh partiparti berkenaan.BERNAMA

mStar

1 comment:

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Kedah Nak gi jumpa ustaz Azizan .Bila jumpa nanti Wanita Umno Kedah tutup aurat ke?