Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, April 29, 2009

Sultan S'gor jalani pembedahan jantung di Amerika - Malaysiakini

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke Amerika Syarikat pagi ini bagi menjalani rawatan jantung di sebuah pusat perubatan terkemuka di negara itu.

Menurut Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Ramli Mahmud, baginda akan menjalani pembedahan injap jantung pada 2 Mei ini di Pusat Perubatan Universiti Stanford, San Francisco.

Ramli memberitahu demikian dalam sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam pagi ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani Lela Bakti turut hadir dalam sidang media itu.

Menurut Ramli lagi, baginda akan menjalani pembedahan selama kira-kira enam jam.

Selepas pembedahan tersebut, katanya, baginda akan menerima rawatan susulan di hospital yang sama selama tiga minggu.

Ramli berkata, Sultan Selangor berlepas ke Amerika Syarikat dari Singapura kerana tiada penerbangan langsung dari Malaysia ke California.

Baginda diiringi adindanya, Tengku Ahmad Shah, doktor pakar daripada Malaysia, ahli Dewan Diraja Selangor dan dua sahabat baginda.

Sepanjang tempoh rawatan baginda, kata Ramli, masjid dan surau di negeri itu diminta mengadakan bacaan Yasin dan doa selamat serta menunaikan solat hajat selepas solat Jumaat.

Malaysiakini

No comments: