Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, April 14, 2009

Iktibar Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau - Anwar Ibrahim

Ujian mengajar dan pengalaman mendewasakan. Arakian satelah hiruk-pikuk awal menuntut hak calun yang mewakili kelompok masing-masing, bercambahlah senarai calun.

Ada yang mendakwa wakil kabilah, kaum, agama tidak dilayani. Dan tambah panas suasana manakala terdapat tokoh daerah yang memimpin parti menganggap diri mereka terlalu layak dan parti akan hancur sekiranya mereka tidak dipilih.

Alhamdulillah dan syabas kepada rakyat, dan khususnya pengundi Bukit Selambau yang memilih agenda perubahan KeADILan dan Pakatan Rakyat dan bukannya telatah bengis atau ugutan.

Semuga ianya menjadi pengajaran buat kita semua. Yang mengkhianati perjuangan kerana harta, takhta atau dendam kesumat akan dihumban olih rakyat.

Demikianlah gesaan saya di Bukit Selambau pagi semalam, dan kepada pimpinan KeADILan Pulau Pinang dan Permatang Pauh petang semalam.

ANWAR IBRAHIM

No comments: