Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, April 10, 2009

Najib, gantikan BN jika perlu... - Malaysiakini

Bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik hari ini meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil langkah berani dalam melaksanakan perubahan radikal untuk memastikan BN menjadi releven.

Malah, katanya, jika perlu Najib mesti bersedia merombak BN menjadi suatu gabungan yang baru.

"Anda perlu ikut jejak bapa anda," katanya sambil menambah, jika BN tidak sesuai lagi, maka ia perlu diganti.

Lim merujuk kepada tindakan bapa Najib - perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein - yang merombak Perikatan menjadi Barisan Nasional pada 1973, sehingga popular di kalangan pengundi.

Konsep perkongsian kuasa yang diperkenalkan oleh Razak menjadi BN kukuh sehinggalah pilihanraya umum 2008 di mana gabungan itu kalah teruk kepada pembangkang.

Dalam ucapan dasarnya di forum awam mengenai kewangan, Lim berkata keputusan pilihanraya kecil Selasa lalu menjadi petanda apa yang rakyat harapkan kepada BN.

"Jika perdana menteri tidak ikut jejak bapanya, maka BN akan berdepan dengan kesukaran dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang," katanya.

Najib yang mengambil alih kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Jumaat lalu, mengumumkan kabinet barunya semalam, yang turut dianggotai oleh Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon.

Dr Koh, bekas ketua menteri Pulau Pinang, turut dilantik walaupun tewas dalam pilihanraya umum lalu. Beliau dilantik sebagai senator semalam bersama lima orang lagi yang turut dilantik menganggotai kabinet baru Najib.


Malaysiakini

No comments: