Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, April 28, 2009

Masalah kewangan: ADUN Kuala Nerang BN janji kekal jawatan - mStar

LANGKAWI: Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, yang didakwa menghadapi masalah kewangan, tidak akan meletak jawatan, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mohd Shafie Apdal.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, desas-desus kononnya Syed Sobri, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap, akan meletak jawatan kerana masalah yang dihadapinya mengganggu prstasinya sebagai wakil rakyat, adalah tidak benar.

"Memang Syed Sobri menemui saya di Kuala Lumpur pada Ahad lepas dan kami telah berbincang beberapa perkara yang dihadapinya.

"Selaku ketua perhubungan yang baru, saya memberi nasihat dan beliau menerimanya dengan baik dan berjanji akan terus berkhidmat kepada rakyat," kata Mohd Shafie.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Kuala Nerang itu.

Pada 3 November lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengisytiharkan Syed Sobri muflis selepas gagal menjelaskan hutang lebih RM150,000. BERNAMA

mStar

No comments: