Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, April 7, 2009

Sekumpulan Petugas Tua Umno Cabul Srikandi Keadilan - TVAntara

Segerombolan petugas Umno dan Barisan Nasional didakwa cuba mencabuli sekumpulan wanita muda daripada Srikandi Keadilan yang sedang menjalankan tugas merayu undi di Simpang, Taiping petang tadi.

Lebih dahsyat lagi petugas-petugas Umno dan BN itu yang kesemuanya boleh dianggap sebagai "datuk" mengheret salah seorang daripada ahli Srikandi tersebut dan mencabuli kehormatannya dengan cuba menanggalkan seluar gadis malang itu.

Kejadian berlaku ketika sekumpulan lima orang ahli Srikandi yang terdiri daripada anak-anak gadis muda yang berumur dalam lingkungan awal dua puluhan sibuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai petugas parti.

Salah seorang mangsa cabul, Nurul Syazwana Tan, 20, dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Simpang berkata kira-kira pukul 4.20 petang beliau bersama-sama lima kawannya berada berhampiran sebuah pasaraya yang terletak berhadapan dengan Pusat Perkhidmatan Masyarakat.

"Keadaan ketika itu hujan lebat turun dan kami terpaksa menyusuri jalan berhampiran pasaraya itu dan dengan tiba-tiba beberapa lelaki yang sudah berumur muncul dan mengelilingi kami.
"Kawan-kawan saya berjaya meloloskan diri tetapi saya diheret oleh sekumpulan lelaki yang bertopi dan berpakaian simbol BN dan mereka juga cuba menanggalkan seluar saya.
"Mujur seorang lelaki datang membantu dan melepaskan saya daripada kumpulan Umno tersebut kalau tidak saya pun tidak tahu nasib saya," jelas Nurul Syazwana.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan di Bilik Gerakan Utama di Taman Molek, Taiping malam tadi.

Turut hadir pada sidang akhbar itu termasuk Exco Selangor Rodziah Ismail serta beberapa pemimpin Keadilan.

Laporan polis itu juga menyebut kumpulan lelaki tersebut merampas risalah yang di bawa oleh ahli-ahli Srikandi malah ada yang cuba memukul Syazwana.

Ditanya samada beliau serta trakan-rakan berasa trauma atau tertekan berhadapan dengan insiden yang malang ini, Syazwana berkata ia menguatkan lagi semangat mereka untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan tidak gentar kepada sebarang ugutan.

Ketua Srikandi Malaysia, Siti Aishah Shaik Ismail berkata pihaknya memberi tempoh 24 jam kepada pihak polis untuk menangkap suspek dalam kejadian yang memalu dan menjelekkan itu.

Rodziah selaku pengarah pilihan raya Wanita Keadilan menyelar laporan media yang mengatakan kumpulan Srikandi telah mengada-adakan cerita dan menidakkan kewujudan lokasi seperti yang di catat di dalam laporan polis.


TVAntara

No comments: