Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, April 28, 2009

Pengumuman Calon KeADILan Bagi PRK DUN Penanti - Anwar Ibrahim

Pengumuman rasmi calon KeADILan bagi PRK DUN Penanti akan dibuat 9 malam ini di Yayasan Aman, Penanti InshaAllah.

Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng, wakil MB Kedah dan pimpinan KeADILan Negeri menyatakan komitmen untuk turut hadir.

Lewat petang semalam saya telah mengadakan pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadhiri oleh Tuan Guru Abd Hadi Awal dan YB Lim Kit Siang. Mereka telah dimaklumkan mengenai cadangan calon KeADILan dan memberi perakuan untuk sama-sama membantu kempen PRK DUN Penanti kelak.

Sementara itu pimpinan Umno masih terus membelek kitab dan meneliti fakta sebelum membuat keputusan muktamad samada bertanding atau tidak. Datuk Sri Najib membayangkan bahawa Umno tidak bersedia bertanding demi menjimatkan belanja. Namun amat sukar buat beliau mengenepikan saranan Tun Dr. Mahathir untuk tetap bertarung ‘demi maruah dan tradisi Umno-BN’.

Manakala ditanya, saya sekadar menjawab, saya yakin dengan kematangan, kebijak-
sanaan sanak saudara dan rakan taulan saya di Penanti dan Permatang Pauh, inshaAllah.

ANWAR IBRAHIM

2 comments:

PKR Sungai Petani said...

Hi, apa rakan2 seperjuangan di Melaka ? Ini kali pertama saya melayari blog AMK Melaka, syabas saya ucapkan buat warna AMK Melaka atas kesungguhan dan komitmen anda untuk mendirikan antara blog AMK negeri yang paling aktif dan padat isi-kandungannya. Dari berita-berita terkini sehinggalah ke maklumat peribadi ahli-ahli jawatankuasa AMK negeri, ia mudah untuk mereka-mereka yang melayari blog AMK negeri Melaka ! Syabas dan Salam Reformasi !!!

AMK Melaka said...

Salam kembali buat warga PKR Sg. Petani. Terima kasih kerana meluangkan masa melayari blog kami.

Sesungguhnya blog ini adalah sumbangan kecil kami dalam menyalurkan maklumat yang tepat kepada masyarakat. Khususnya rakyat negeri Melaka.

Bukan sahaja maklumat dan berita politik, kami juga berkongsi sebarang maklumat berguna.

Tahniah juga buat PKR Sg. Petani yang juga mempunyai blog sendiri. Sekurang-kurangnya kehadiran blog tersebut dapat memberi maklumat terkini tertutama sekali dari Kedah!

Salam Reformasi!