Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, July 8, 2009

Polis Halang Kursus Skuad KEADILAN Sarawak - TVA

Polis Sarawak bertindak samseng dengan menyerbu sebuah rumah panjang untuk menyuraikan peserta kursus kewartawanan anjuran Skuad KEADILAN negeri itu.

Sepasukan lapan anggota polis menyerbu rumah panjang itu di Saratok, kira-kira 350 kilometer dari Kuching dan memaksa kesemua 37 peserta meninggalkan rumah panjang itu pada 4 Julai lalu.

Alasan diberi oleh polis ialah kursus kewartawanan itu tidak mempunyai permit.

Ketua Skuad KEADILAN Sarawak Jol-Jolhi Bee berkata beliau telah memohon untuk mendapatkan permit walaupun tidak perlu berbuat demikian kerana kursus itu adalah aktiviti parti yang diadakan dalam dewan tertutup.

"Seperti biasa kesemua permohonan yang dibuat pihak Skuad tidak akan diluluskan," kata beliau.

"Pihak Skuad merasa kesal dengan tindakan polis yang bertindak di luar batasan dan berat sebelah kerana sebelum ini Biro Tata Negara (BTN) anjuran Barisan Nasional menganjurkan kursus dan tidak memohon sebarang permit. Tidak ada pula serbuan polis bila ia membabitkan aktiviti BN," tambah beliau.

Bagaimanapun, tindakan keterlaluan polis itu tidak mematahkan semangat peserta yang berpindah ke lokasi lain di Saratok untuk menyambung kursus berkenaan.

"Ini telah menaikkan semangat mereka dengan memahami erti perjuangan apabila hamba-hamba BN bertindak sewenang-wenangnya menyalahguna kuasa mereka," jelas Jol-Jolhi.

Menurut beliau, pihak Skuad telah lima kali menangguh dan memindahkan program kursus ini kerana setiap kali pihak Skuad telah mengesahkan tempat dan tarikh, pihak BTN akan mengisi dewan dengan program anjuran mereka pada masa dan tempat yang sama.

Merujuk kepada sambutan penduduk terhadap KEADILAN di Saratok, Jol-Jolhi berkata kebanyakkan mereka menyedari bahawa mereka ditipu oleh Kerajaan BN sekian lama dengan pelbagai janji kosong.

Walaupun sudah 46 tahun merdeka dan bergabung dengan Semenanjung Malaysia, Sarawak masih mempunyai kawasan-kawasan luas yang tidak menikmati kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik.

"Contohnya, Kerajaan Negeri berjanji akan menyalurkan bekalan letrik kepada penduduk Saratok sebelum hari Gawai iaitu pada 1 Jun lalu, namun apa yang ada hanya tiang dan pendawaian sahaja, letriknya tidak disalurkan sehingga ke hari ini," kata beliau.

Banyak lagi janji palsu BN disini membuatkan penduduk rasa muak dan tertipu kerana Sarawak adalah antara negeri terkaya tetapi sebahagian besar rakyatnya terus dibelit kemiskinan.

TVA

No comments: