Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, March 17, 2009

Amizudin serah bukti - Malaysiakini

Ketua AMK Kepala Batas, Amizudin Ahmat hari ini menyerahkan bukti dan laporan kepada jawatankuasa khas siasatan PKR Pulau Pinang berhubung dakwaannya baru-baru ini mengenai pemimpin parti itu menerima wang dari pengusaha kuari.

Ketika dihubungi Malaysiakini berkata, Amizudin baru sahaja selesai disiasat oleh jawatankuasa tersebut yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Halim Husin dan tiga ahli jawatankuasanya.

Siasatan selama tiga jam itu diadakan di Pejabat Perhubungan PKR Pulau Pinang mulai jam 3 petang di Bandar Sunway, Seberang Jaya.

Menurut Amizudin, keputusan siasatan jawatankuasa tersebut akan diketahui dalam masa dua minggu lagi.

Ditanya mengenai dua pemimpin PKR Pulau Pinang itu, beliau enggan mendedahkan nama dan identiti mereka.

"Saya harap tidak ada pihak yang menggangu jawatankuasa siasatan dan tidak ada spekulasi dan andaian sebelum jawatankuasa membuat keputusan," katanya.

Katanya, beliau berharap jawatankuasa tersebut dapat membuat penyiasatan dengan seadil-adilnya.

Dilaporkan bahawa exco AMK itu membuat aduan kepada presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail berhubung isu berkenaan tetapi tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang berkenaan.


Sumber: Malaysiakini

No comments: