Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, March 23, 2009

K'jaan Pakatan S'gor perluas konsep kebajikan - Malaysiakini

Genap sembilan bulan selepas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor 'merakyatkan ekonominya', kini ia melangkah ke fasa kedua program kebajikan tersebut, demikian diumumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi.

Berucap kepada kira-kira 4,000 orang di Stadium Malawati, Shah Alam, sempena ulangtahun pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Khalid berkata, fasa kedua itu termasuk bantuan kepada golongan belia, usahawan dan kakitangan kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan negeri merancang untuk membantu golongan belia dan usahawan untuk memperbaiki gaya hidup meraka.

Kumpulan itu, tambahnya, perlu diberi peluang untuk memulakan perniagaan mereka sendiri atau meningkatkan lagi kemahiran masing-masing dalam bidang pertanian secara sistematik.

Bagi kakitangan wanita kerajaan negeri pula, kata Abdul Khalid, mereka akan diberi tambahan 30 hari cuti bersalin, menjadi 90 hari.

Di bawah program tersebut, tambahnya, kerajaan negteri sedang memajukan konsep "Rumah Untuk Semua" di mana setiap rakyat Selangor berhak memiliki rumah sendiri berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing.

Menurutnya, mereka kini boleh membeli rumah sendiri, sama ada banglo, rumah teres ataupun apartmen pada bila-bila masa yang sesuai.

Bagaimanapun, Abdul Khalid kecewa kerana usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor tidak mendapat tempat dalam media arus perdana milik BN.

Menurutnya, tidak mengapa sekiranya media milik BN tidak mahu memberi publisiti terhadap usaha kebajikan tersebut.

Yang penting, katanya, ialah rakyat Selangor dan Malaysia kini sudah bijak dalam membuat keputusan masing-masing.


Sumber: Malaysiakini

No comments: