Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, March 26, 2009

‘Earth Hour’: Exco harap Negeri Selangor cipta sejarah - Suara Keadilan

SHAH ALAM, 26 Mac (SK): Kerajaan Negeri mengesa rakyat Selangor akan mencipta sejarah sebagai rakyat paling ramai yang memadamkan lampu selama sejam pada 28 Mac, Sabtu ini bermula pukul 8.30 malam sehingga 9.30 malam.

Exco Selangor Pengerusi A Xavier Jayakumar iaitu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, menyeru rakyat Selangor supaya menyertai kempen sedunia ‘Earth Hour’ yang mahu pemanasan global dikurangkan.

Beliau yang turut memangku bersama portfolio Alam Sekitar berkata semua anak syarikat kerajaan negeri termasuk bangunan-bangunan kerajaan serta pusat membeli-belah akan turut menyertai kempen berkenaan.

“Marilah kita semua menutup lampu selama satu jam sebagai tanda sokongan, ini juga adalah merupakan tanda sokongan jutaan penduduk dunia untuk menyelamatkan bumi daripada pemanasan global untuk kesihatan generasi akan datang,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco semalam.

Beliau berkata dalam masa sama kerajaan negeri akan melakukan satu perubahan yang menyeluruh bagi mengurangkan kesan pemanasan global seperti penggunaan elektrik secara berhemah, berjalan kaki atau berbasikal bagi menggantikan kenderaan, menggalakkan penggunaan kenderaan awam selain memelihara serta memulihara alam sekitar.


Sumber: SK


No comments: