Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, March 4, 2009

Seru rakyat Perak sertai Himpunan Mansuhkan PPSMI - Harakah

IPOH , 4 Mac (Hrkh) - Tanggal 7 Mac iaitu Sabtu ini, seluruh rakyat negeri Perak adalah diseru menyertai "Himpunan 100,000 Mansuhkan PPSMI? di pekarangan Istana Negara mulai jam 2 petang.

Ketika dihubungi Harakahdaily, beliau mengharapkan bukan sahaja dari Pakatan Rakyat malah semua kaum turut memberikan mandat kedaulatan Bahasa Melayu itu digunakan semula dalam mata pelajaran sains dan matematik disamping mengamalkan bahasa tersebut sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

"Mari kita kesana tunjukkan bersatunya kita dalam menentang perbuatan 'ganas' Umno-BN bersikap pekak badak setelah diberikan pelbagai hujah positif oleh pimpinan Pakatan Rakyat untuk kembali menggunakan Bahasa Melayu mereka tetap bersikap degil bodoh sambong,"kata Nor Azli.

Beliau menyeru supaya rakyat sanggup korbankan tenaga, wang dan masa beramai-ramai ke Istana Negara itu untuk menunjukkan betapa padunya kekuatan ikatan rakyat dengan pemimpinnya yang terdiri daripada Presiden PAS Dato? Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato? Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Perak, Dato? Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Hanya ini sahaja caranya untuk menguburkan PPSMI dengan menggunakan suara rakyat bagi mertabatkan Bahasa Melayu itu disegenap mata pelajaran Sekolah Kebangsaan, di Pengajian Tinggi dan Universit sebagai bahasa penghantar utama,"jelas Nor Azli. - azm _


Sumber: Harakah

No comments: