Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, March 19, 2009

Polis haramkan ceramah Anwar, Nizar - Malaysiakini

Polis mengharamkan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin malam ini di Simpang, di pinggir kawasan Bukit Gantang yang bakal menghadapi pilihanraya kecil.

Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai ceramah penasihat PKR bersama bekas menteri besar Perak itu dengan alasan ia tidak berpermit.

Ceramah yang bermula jam 9 malam dirancang diadakan di Jalan Kuala Kangsar, Simpang dekat Taiping.

Ketua polis daerah Taiping, ACP Raja Musa Raja Razak berkata ceramah tersebut tidak sesuai kerana tempat itu berdekatan dengan jalan utama dan boleh menjejaskan lalulintas dan keselamatan orang ramai.

Anwar, yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat, dijangka mengadakan sidang akhbar di bangunan Parlimen jam 3 petang, termasuk mengulas isu larangan polis tersebut.

Pilihanraya kecil kecil parlimen itu akan diadakan antara 29 Mac hingga 7 April dan Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon PAS.


Sumber: Malaysiakini


1 comment:

Anonymous said...

BeeEnd semua ok ...
PKR apapun tak ok ..
apa da punya double standard ni !!!
alasan jalan besar - kalau yapun jalan besar, tempatkan beberapa polis jaga lalulintas sana tu.