Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, March 31, 2009

ISU BALKIS: SELANGOR BUAT ADUAN KEPADA JPA - TVAntara

Kerajaan Negeri Selangor kesal dengan tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor (JPPNS) meluluskan pembubaran Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor( Balkis) tanpa mengikut peraturan dan Undang-undang Pertubuhan.

Setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata JPPNS gagal memberi maklum balas terhadap surat-surat rasmi daripada kerajaan Negeri berhubung status Balkis.

Kerajaan Negeri berpendapat sikap ini tidak beretika dan menjatuhkan status pegawai kerajaan kerana Balkis masih dibawah siasatan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) kerana disyaki menyeleweng dana awam.

Kenyataan Pengarah JPPN, Encik Yunus Jamil ketika disoal panel SELCAT, yang Balkis dibubarkan secara sah mengejutkan rakyat. Permintaan untuk berbincang bersama JPPNS tidak dihiraukan walaupun telah diminta enam bulan lalu, menyebabkan sikap professionalism dan kecekapan dipersoalkan.

Kerajaan Negeri akan membuat aduan rasmi kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awan Malaysia, Tan Sri Ismail Adam kerana sikap Pengarah JPPNS dengan jelasnya tidak mengikut etika perkhidmatan awam. Kerajaan turut berpendapat pegawai yang tidak bertanggungjawab, tidak patut bertugas di Selangor.


TVAntara

No comments: