Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, April 8, 2010

Cadangan Usul Terhadap Mahfuz Dibatalkan - SK

KUALA LUMPUR 8 Apr - Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said hari ini membatalkan usul untuk menghadapkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas kedua-duanya dipanggil Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi.

"Berhubung isu kekecohan semalam sehingga Dewan terpaksa ditangguhkan sebelum masa yang ditetapkan jam 7.30 petang, saya telah memanggil kedua-dua Ahli Parlimen pagi tadi dan meminta maklumbalas berhubung apa yang berlaku kelmarin dan saya rasa apa yang terjadi tidak harus berlaku di Parlimen Malaysia, saya harap itulah kali penghabisan," kata beliau.

Dalam pada itu, Pandikar meminta Ismail menyatakan pendirian samada beliau mahu memansuhkan usul tersebut selepas didapati Mahfuz didapati tidak menyeleweng berhubung isu perkataan 'Umno Apco' semasa sidang perbahasan di Dewan Rakyat petang semalam.

"Selepas apa yang terjadi semalam di mana saya sebagai yang DiPertua dan Timbalan-Timbalan Yang DiPertua mentafsir Peraturan Mesyuarat maka kami harus bertindak dengan adil dan mesti disandarkan kepada kelaziman yang kukuh samada Parlimen di negara ini atau Parlimen di luar negara.

"Itu iktibar saya dan timbalan-timbalan saya akan ambil daripada insiden kelmarin dan juga saya meminta Ahli-ahli Parlimen ambil iktibar dari insiden ini bahawa seringkali saya nyatakan jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataaan 'unparlimentary' yang mengundang reaksi negatif dan sikap hormat-menghormati yang saya selalu tekankan.

"Satu lagi, apabila berdiri membangkitkan 'point of order', harus difahami maksudnya, harus difahami risikonya samada 'point of order' itu relevan atau tidak.

"Sebagai yang Dipertua untuk mengheret seorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan adalah suatu perkara yang besar dan melibatkan integriti Ahli Parlimen yang berkenaan," ujar beliau selepas Mahfuz bangkit meminta perjelasan berhubung kekecohan yang berlaku petang semalam.

Ahli Parlimen Kuala Krau kemudian bangun dan mengambil ketetapan membatalkan usul yang diluluskan semalam berkenaan Jawatankuasa Hak dan kebebasan di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1P) terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena dan disokong sebulat suara oleh ahli Dewan.

SK

No comments: