Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, April 12, 2010

Kepincangan MyProcurement berlarutan - Malaysiakini

Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) terus mendedahkan lebjh banyak kesilapan dan kontrak-kontrak yang dipertikaiakan di portal MyProcurement yang menyenaraikan projek-projek kerajaan.

Antara yang menjadi fokus kali ini ialah kontrak RM27.5 juta yang diberikan oleh Kementerian Pertahanan kepada Syarikat Visi Footwear Sdn Bhd.

Kontrak berkenaan ialah untuk ‘membekal dan menghantar kasut kulit wanita kepada kakitangan awam di Kementerian Pertahanan.

Sambil menjadikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan gurauannya, Pua berkata “kita tahu Wanita Pertama bercita-cita menjadikan Malaysia ‘pusat kasut di Timur’ tetapi pembelian RM27.5 juta kasut wanita untuk kakitangan awam bukan cara mencapai hasrat itu.”

Beliau menggesa kementerian terbabit menjelaskan pembelian luar biasa bagi kasut wanita unuk kegunaan mereka.

Pua juga mendedahkan data yang baru dikemaskinikan Khamis lalu di portal itu yang membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ia adalah data pertama yang dimuatkan oleh kementerian itu dalam MyProcurement dan juga merupakan kontrak tunggalnya.

"Apa yang dipertikaikan ialah kementerian itu hanya memberi satu kontrak sejak Jun 2009 dan lebih memeranjatkan Business Information Technology Sdn Bhd diberikan kontrak RM 3.6 bilion bagi projek ‘menaik-taraf keselamatan Maklumat, Komunikasi dan Teknologi (ICT) untuk kementerian itu,” kata Pua.

Menurut Pua jika kesilapan kali ini juga berpunca daripada kesalahan meletakkan titik perpuluhan seperti yang dijangkakan, ia membuktikan bahawa kerajaan tidak serius dengan portal MyProcurement yang dilaksanakan bagi mewujudkan ketelusan dan keterbukaan dalam memberi projek.

Malaysiakini

No comments: