Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, April 19, 2010

'Pelamin Kuasa' Dedah Kerakusan Umno-BN - SK

RASA 19 Apr - Pakatan Rakyat akan menggunakan pendekatan lembut untuk menawan hati dan jiwa pengundi Hulu Parlimen melalui sajak.

Ketika berucap pada majlis makan malam anjuran Angkatan Muda KEADILAN di Kampung Chuang Rasa, Sabtu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketika melalui kelembutan mesej perjuangan yang disampaikan melalui sajak pengundi di Hulu Selangor akan lebih memahami erti perjuangan dan usaha mengangkat martabat bangsa dan negara.

Pada majlis itu Ketua Umum KEADILAN itu berkesempatan berganding bahu mendeklamasi sebuah sajak nukilan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berjudul 'Pelamin Kuasa'.

"Saya mahu AMK mencetak dan edarkan sajak yang ditulis oleh Datuk A Samad Said semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kita gunakan pendekatan sajak untuk sampaikan mesej mengenai ketamakan penguasa yang zalim, rakus dan menindas rakyat jelata.

"Saya berharap melalui sajak rakyat Hulu Selangor akan menyelami erti kezaliman Umno-Barisan selama lebih 50 mereka membolot harta negara dan mengabaikan hak serta kebajikan rakyat," kata Anwar.

Sajak 'Pelamin Kuasa' yan tulis oleh Sasterawan Negara itu pada April 2000 melakarkan kerakusan mereka yang tamakkan kuasa yang terus menerus melakukan apa sahaja untuk mencapai kemewahan di atas rintihan rakyat.

Majlis tersebut turut dihadiri pemimpin AMK dan KEADILAN Pusat termasuk Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Ketua Amk, Fariz Musa dan Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Lebih 200 penyokong hadir bagi menyerikan majlis makan malam itu yang juga bertujuan mengumpul dana bagi membiayai aktiviti AMK di seluruh negara.

SK

No comments: