Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, March 3, 2009

Nizar dibaling batu?

Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dibaling botol air dan batu oleh kumpulan yang dipercayai penyokong UMNO selepas sidang tergempar Dewan Undangan Negeri.

Kejadian berlaku di luar pejabat DAP di Ipoh setelah Nizar selesai mengadakan sidang akhbar mengenai persidangan bersejarah itu yang diadakan di bawah pokok di hadapan Bangunan Dewan Undangan Negeri yang diambil alih oleh polis

Ketika memasuki keretanya, sekumpulan orang membaling botol air mineral dan batu ke arah Nizar sebelum melarikan diri.

Kira-kira sejam sebelum itu, Nizar dan rombongannya dihalang oleh penyokong UMNO ketika mereka dalam perjalanan untuk menghadiri sidang tergempar berkenaan.

Malaysiakini melaporkan polis yang di kerah disitu tidak bertindak terhadap kumpulan berkenaan.

Nizar dan rombongannya berjaya melepasi sekatan itu. Namun mereka dihalang, dan dikasari oleh polis apabila tiba di pintu masuk Bangunan Perak Darukl Redzuan.

Speakar Dewan Undangan Negeri V. Sivakumar kemudian memutuskan untuk mengadakan sidang itu di bawah sebuah pokok tidak jauh daripada bangunan berkenaan.

Pada sidang medianya, Nizar berkata pihaknya menepati segala peruntukan perlembagaan untuk mengadakan sidang tergempar itu.

“Kita terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok atas doktrin keperluan kerana kami dihalang daripada memasuki bangunan dewan, namun kami harus memenuhi tanggungjawab kami berasaskan notis (siding) yang dikeluarkan oleh Speaker,” kata Nizar


Sumber: TVAntara



2 comments:

Anonymous said...

bohong..mengucaple atas nama ALLAH SWT wahai orang yang terbitkan ni...aku berada di sana..bukan ko..tak de yang berlaku...

kekasaran tak de...cuma tidak dibenarkan...

AMK Melaka said...

Salam saudara.. memang benar kami tidak berada di sana... saya menghormati pandangan saudara..

kekasaran memang berlaku dan telah pun terbukti... hanya ALLAH SWT sahaja yang MAHA Mengetahui!