Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, September 3, 2009

Aktiviti: AMK Melaka Teruskan Program Jejak Fakir




Melaka (Ahad, 30 Ogos 2009) - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka meneruskan program amal Jejak Fakir buat kesekelian kalinya. Berbeza dengan program-program Jejak fakir yang lepas, program pada kali ini melibatkan kerjasama yang lebih menyeluruh di setiap AMK Cabang.

Program Jejak Fakir 2009 telah pun dimulakan di Cabang Kota Melaka pada 29 Ogos 2009 dan telah pun diteruskan pada 30 Ogos 2009 di Cabang Masjid Tanah. Kemudian program ini bakal berlangsung di Cabang Alor Gajah (5 September 2009), Cabang Jasin (6 September 2009) dan Cabang Bukit Katil (13 September 2009). Manakala AMK Cabang Tangga Batu bakal bekerjasama dengan Cabang Tangga Batu dalam menjayakan program pada kali ini (13 September 2009).

Pada tahun ini juga, AMK Melaka telah mendapat kerjasama dari Wanita PKR Melaka dan setiap Cabang PKR Melaka. Sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas, AMK Melaka telah menerima sumbangan dari orang perseorangan yang prihatin dengan permasalahan rakyat dan dalam masa yang sama ahli-ahli AMK Melaka turut sudi menyumbangkan wang ringgit dalam menyediakan sumbangan barangan harian untuk rakyat yang tidak bernasib baik yang telah dikenal pasti.

Walau pun, sumbangan yang diberikan tidak seberapa, diharap dengan sumbangan yang diberikan dapat membantu keluarga-keluarga tersebut dalam menghadapi bulan Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelma. AMK Melaka juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi menghulurkan bantuan wang ringgit dan sebagainya.

Biro Penerangan,
Angkatan Muda Keadilan Melaka.

No comments: