Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, September 3, 2009

Kedudukan ADUN Pelabuhan Klang diketahui selepas hari raya - mStar

SHAH ALAM: Kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat akan diketahui selepas hari raya nanti, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata Badrul Hisham telah diberikan surat tunjuk sebab dan perlu menjawabnya dalam tempoh 14 hari mengenai ketidakupayaan beliau menjalankan tugas sebagai Adun dengan berkesan.

Bagaimanapun Abdul Khalid enggan menjawab ketika ditanya sama ada Badrul Hisham akan dikenakan tindakan disiplin atau kerusi yang disandangnya itu akan dikosongkan.

"Keputusan akan dibuat selepas mengambil kira perbincangan yang diadakan dengan Badrul sendiri dan Speaker Dewan Negeri, Teng Chang Khim," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat esco kerajaan negeri di sini semalam.

Abdul Khalid berkata Badrul Hisham kini dalam keadaan uzur dan tidak dapat bersama-sama beliau dalam program Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berbuka puasa bersama rakyat di sebuah masjid di Pandamaran minggu lepas.

"Badrul masih lagi menerima elaun dan gajinya walaupun tugas beliau sebagai wakil rakyat dibantu oleh rakan-rakan Adun lain," katanya. BERNAMA

mStar

No comments: