Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, September 9, 2009

DUN Bagan Pinang: Pakatan Rakyat letak calon PAS - mStar

SEREMBAN: Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan menetapkan calon Pas bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Keputusan itu diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar pada sidang akhbar di pejabat Perhubungan Pas Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan yang juga anggota Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abbas serta Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga Anggota Parlimen Rasah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak Loke Siew Fook.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Azman, 54, yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi 6,430 menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi.

Zulkefly berkata keputusan meletakkan calon Pas adalah berdasarkan kesefahaman yang dicapai di antara mereka.

Ditanya mengenai calon Pas, beliau berkata ia akan diumumkan seminggu atau dua tiga hari sebelum tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya calon yang dipilih adalah mengikut ksesuaian beliau di kawasan itu berdasarkan pandangan akar umbi dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan nama calon berkenaan.

Sementara itu, Kamarul Bahrin meminta SPR mengkaji semula proses pengundian undi pos di kem tentera sebab ramai di kalangan anggota tentera didapati tinggal di luar kem dan mereka ini tidak wajar dianggap sebagai pengundi pos. BERNAMA

mStar

No comments: