Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, September 13, 2009

Susulan pemilihan: 300,000 akan keluar jika Subra tinggalkan MIC? - mStar

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam memerlukan platform politik baru untuk menyatupadukan masyarakat India termasuk bekas ahli MIC ekoran kekalahan kedua berturut-turut dalam pemilihan parti semalam.

Penyokongnya juga mendakwa kira-kira 300,000 ahli MIC akan keluar jika Subramaniam memutuskan untuk meninggalkan parti itu.

Sehubungan itu penyokong-penyokong Subramaniam menanti tindakan susulan beliau ekoran kekalahan semalam.

"Subramaniam harus mengambil platform lain... beliau harus memutuskan platform lain untuk menyatupadukan mereka (masyarakat India).

"Untuk menyatupadukan komuniti India, beliau memerlukan satu platform," kata salah seorang penyokong kuat Subramaniam, K.P. Samy yang memenangi kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pemilihan semalam.

K.P. Samy mengatakan demikian ketika ditemui pada hari kedua Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di sini hari ini.

K.P. Samy menambah, walaupun beliauSubramaniam tewas sebanyak dua kali dalam perebutan jawatan nombor dua parti, namun lebih 500 perwakilan memberi sokongan padu kepada bekas Timbalan Presiden itu manakala Palanivel, calon diiktiraf Presiden Datuk Seri S. Samy Vellu, hanya memperoleh kira-kira 35 peratus sokongan.

Sehubungan itu kata K.P. Samy, pihaknya menanti keputusan Subramaniam untuk menentukan masa depan dalam MIC.

K.P. Samy menambah, sebelum ini beliau dan Subramaniam ada mengadakan pertemuan bersama dua pemimpin Hindraf dalam usah menarik mereka menyertai MIC.

"Saya tidak mahu sebut siapa pemimpin Hindraf itu... mereka pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. "... kita juga mengadakan perbincangan bersama bekas ahli Barisan Progresif India (IPF) dan Parti Progresif Penduduk (PPP).

"Perbincangan ini diadakan bertujuan untuk menarik kembali minat mereka menyertai MIC. Bagaimanapun, mereka menyatakan pertimbangan akan dilakukan selepas melihat keputusan pemilihan MIC," katanya.

Bagaimanapun katanya, keputusan pemilihan semalam menunjukkan suasana yang berlainan. Pada perhimpunan parti itu semalam, calon Pasukan Presiden direstui Samy menyapu bersih semua jawatan tertinggi parti manakala 19 daripada 27 calon pilihann beliau memenangi kerusi CWC yang dipertandingkan.

K.P. Samy berkata, selepas melihat kepada keputusan pemilihan MIC itu, beliau tidak pasti sama ada usaha atau perbincangan bersama kumpulan terbabit akan berjaya atau tidak.

"Saya akan terus bekerja untuk menyatupadukan masyarakat India.

"Kini saya tidak tahu apakah keputusan Subramaniam yang seterusnya. Kita tunggu dan lihat," katanya.

mStar

No comments: