Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, September 2, 2009

Sebutan semula kes liwat Anwar 3 November - mStar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 3 November depan bagi sebutan semula kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah juga memutuskan untuk mendengar rayuan balas Anwar terhadap keputusan mahkamah yang tidak membenarkan beliau mendapatkan sampel pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada hari yang sama.

Perkara itu ditetapkan oleh hakim. Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebentar tadi.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) turut menetapkan 3 November bagi mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan bagi kes liwat beliau.

Perkara itu diputuskan Hakim Lau Bee Lan dalam kamarnya hari ini.

Terdahulu, Anwar tiba di mahkamah pada pukul 9 pagi bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lalu.

mStar

No comments: