Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, July 13, 2008

Permohonan Guna Stadium Ditolak


Hari ini di dalam akhbar Sinar Harian AMK Melaka telah membuat satu sidang media menyatakan kekesalan apabila permohonan untuk menggunakan Stadium Hang Jebat dan Stadium Hang Tuah ditolak oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin dan Perbadanan Stadium Negeri. Permohonan ini dibuat bertujuan untuk mengadakan ceramah umum daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Permohonan ini telah ditolak secara lisan oleh seorang kakitangan MPJ. AMK Melaka berpendapat stadium tersebut hak awam kerana stadium dibina dengan menggunakan wang rakyat melalui cukai-cukai yang dikenakan kerajaan negeri. Seharusnya penggunaan stadium tersebut terbuka kepada semua rakyat.

AMK Melaka juga merasakan kerajaan negeri takut degan kebangkitan Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, ceramah tersebut akan diteruskan juga. Ceramah yang dirancang pada 18 Julai 2008 ini di Kg Cheng pada pukul 8.00 malam, akan menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ust. Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang.



Kenyataan media ini disertai beberapa Jawatankuasa AMK dan Exco Pusat seperti Sdr. Tan Seng Toh, Sdr. Hairiz Nordin, Sdr. Zamzizul Nordin, Sdr. K. Pas, Sdr Lukman, Sdr. Ong Teck Chuan, Sdr. Nasir, Sdri Ginie Lim serta beberapa ahli AMK Melaka.

Admin

No comments: