Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, July 10, 2008

Harga petrol di Singapura turun RM9 sen seliter

MStar minyak di Singapura mengurangkan harga petrol sebanyak S$0.04 sen (RM0.09 sen) seliter untuk menggambarkan situasi pasaran semasa.

Syarikat Petroleum Singapura Limited (SPC) mengumumkan semalam bahawa harga untuk tiga gred minyak yang dijual di stesen minyak negara itu mula diturunkan pada pukul 3 petang.

Beberapa syarikat minyak yang lain iaitu Shell, Exxon-Mobile dan Caltex mula mengurangkan harga jualan minyak sejak pagi semalam.

Harga petrol baru tanpa diskaun di stesen minyak kini adalah S$2.32 (RM5.53) seliter untuk gred 98-oktana, S$2.246 (RM5.356) seliter untuk gred 95-oktana tanpa plumbum dan S$2.213 (RM5.276) satu liter untuk gred 92-oktana tanpa plumbum.Diesel yang kini dijual pada S$2.033 (RM4.77) seliter tidak terjejas dengan perubahan itu.

Pada Sabtu lalu, keempat-empat syarikat minyak di negara itu menaikkan harga petrol sebanyak S$0.05 sen (RM0.12 sen) seliter.Harga minyak dunia jatuh lebih AS$5 (RM16.22) kepada AS$136 (RM441.27) setong kelmarin selepas kelembapan ekonomi dunia dilaporkan memberi kesan terhadap permintaan.

No comments: