Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, July 13, 2008

Selesaikan Segera Masalah Nelayan


Sdr. Zaili Muhammad Imbiah Ahli Jawatankuasa Penerangan PAS Melaka, seperti yang dipetik di akhbar Sinar Harian telah menyatakan kerajaan negeri perlu bertanggunjawab terhadap segalal permasalahan yang dihadapi oleh nelayan di negeri ini kerana ianya disebabkan oleh polisi pembangunan kerajaan yang meminggirkan nelayan.

Sdr. Zaili Muhammad Imbiah juga menyatakan hampir semua nelayan di sepanjang pantai Melaka menghadapi pelbagai masalah yang mengancam kehidupan mereki. Antaranya kesukaran mendapat minyak subsidi dan penambakan laut di pantai Klebang yang menyebabkan nelayan seolah-seolah terpaksa diberhentikan kerja.

Nelayan Melaka Barat juga menghadapi masalah kehilangan pendapatan apabila projek perlombongan bijih timah di jalankan di kawasan penangkapan dah sehinggak kini tiada respon daripada kerajaan engeri berkenaan pampasan yang diminta oleh nelayan.

Sdr. Zaili juga menyifatkan tindakan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang mencadangkan supaya nelayan lebih kreatid berkongsi bot untuk turun ke laut adalah tidak praktikal dan mengarut. Tindakan ini dilihat tidak membantu nelayan sebaliknya menyusahkan nelayan. Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan negeri mewujudkan pampasan.

Admin

No comments: