Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Saturday, July 12, 2008

Menjawab Tohmahan Dan Fitnah Ezam & Khir Toyo

Hari ini gempar, seperti yang dipetik dari Malaysiakini Sdr. Ezam Mohd Nor telah memberi amaran sekiranya beliau dikaitkan dengan konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tidak teragak-agak untuk membongkar apa yang diketahuinya mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan ini telah dikeluarkan di dalam satu ceramah anjuran UMNO di Seksyen 19 Shah Alam malam tadi.

Kenyataan Sdr. Ezam telah membawa pelbagai reaksi. Ada penulis blog mempertikaikan perjuangan Sdr. Ezam dan mempersoalkan pembongkaran 6 kotak rahsia mengenai salah laku pemimpin UMNO yang masih lagi menjadi tanda tanya dan tidak dibongkarkan.


Ketua Angkatan Muda Keadilan, Sdr. Shamsul Iskandar tidak berdiam diri dan akan menganjurkan satu ceramah berkaitan Tohmahan dan Fitnah yang telah dilemparkan Sdr. Ezam pada 13 Julai 2008 di tempat yang sama. Sdr. Shamsul Iskandar tidak keseorangan pada malam tersebut nanti. Sdr. Shamsul Iskandar bakal disertai YB Amir , YB Mike, Khairul Anuar dll.

Pidato Pentas Pemuda AMK
Dewan MBSA seksyen 19
13 Julai, pada jam 8.30 malam
Pemidato: Shamsul Iskandar, YB Amir , YB Mike, Khairul Anuar dll.

Admin


No comments: