SEREMBAN: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kaedah beliau bagi mengurangkan harga minyak akan diumumkan pada Selasa ini semasa debat beliau dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
"Bukan nak turun sama harga (minyak) dengan Venezuela tapi turun sekurang-kurangnya agar rakyat boleh hidup. Kita bukan janji kosong, takbur atau bohong untuk mengatasi masalah ini," katanya pada satu ceramah di sini malam tadi.
Katanya kerajaan Barisan Nasional telah menyalah urus ekonomi sehingga rakyat dibebankan dengan harga minyak dan barang.
"Negara ini hendaklah diselamatkan untuk faedah semua rakyat. Ini soal kita, bukan soal masa depan Anwar," katanya.
Mengenai debat itu, Anwar berkata setakat ini beliau tidak tahu sama ada ia akan diteruskan atau tidak.
"Ada kemungkinan tidak jadi tapi saya harap debat ini diteruskan," katanya.
Debat itu dianjurkan oleh portal berita AgendaDaily diberi tajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" dijadual berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anwar sebelum ini dilaporkan pernah berjanji akan menurunkan harga minyak sebaik sahaja jika partinya membentuk kerajaan.
Sumber: KLpos
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment