Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan syaraiah terhadap Saiful Bukhari Azlan dibawah Seksyen 41 ‘Qazaf’ Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah 1997 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Anwar memfailkan tuntutan tersebut pada jam 10.15 pagi tadi bersama peguam dari firma Ainiah & Shabrini.
Seksyen 41 ‘Qazaf’ secara spesifik menyentuh persoalan tuduhan zina, dan menurut hukum syarak, Saiful menghadapi penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit, atau kedua-duanya, sekiranya gagal mengemukakan empat orang saksi lelaki atau iqrar tertuduh.
Sumber: Suara Keadilan
No comments:
Post a Comment