Datuk Bung Mokhtar (BN-Kinabatangan) hari ini mengaku membuat isyarat tangan yang dianggap lucah di Dewan Rakyat sewaktu bertikam lidah dengan ahli parlimen Pakatan Rakyat semalam.
"Ya, memang saya buat tetapi bukan itu maksudnya. Setiap orang ada persepsi sendiri dan ia bukan biadap dan bukan apa yang orang fikirkan," kata ahli Parlimen Kinabatangan ketika ditemui di lobi Parlimen.
Gelagat beliau itu ditayang di RTM1 sewaktu siaran langsung sesi soal jawab tetapi mereka di dewan tidak perasan kerana kamera di situ tidak memfokus ke arahnya.
Semalam, beliau menafikan membuat isyarat tangan yang dianggap lucah itu.
Beliau sebaliknya berkata, ia merupakan pergerakan tapak tangan memukul tangan yang digenggam.
Bung Mokhtar juga mengulangi hari ini bahawa beliau marah dengan beberapa ahli parlimen Pakatan yang memanggilnya "bodoh" dan secara spontan berbuat demikian.
"Saya jadi marah (dengan mereka). Dan saya pukul tangan saya macam ini (memukul tangannya ke belakang tangan yang lagi satu), katanya.
"Ada apa salahnya?"
Sumber: Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment