KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor akan membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak jam 2.30 petang ini di Balai Polis Daerah Shah Alam, berdasarkan pendedahan Akuan Bersumpah P.Balasubramaniam kelmarin.
Menurut kenyataan ringkas AMK kepada Harakahdaily, laporan polis ini dibuat serentak diseluruh negara oleh semua AMK negeri Selangor bertujuan untuk mendesak pihak polis agar segera menyiasat pembabitan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berdasarkan Akuan Bersumpah tersebut.
Semalam, penyiasat persendirian Abdul Razak Baginda, Balasubramaniam Perumal telah membuat pendedahan mengejutkan melalui satu surat akuan bersumpah berkaitan hubungan di antara Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Altantuya Sharibuu.
Surat Akuan bersumpah yang dibuat pada 1 Julai lalu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur itu turut menyatakan secara terperinci perbincangan di antara Bala dengan Razak tentang Altantuya dan hubungannya dengan Najib sebelum terjadinya pembunuhan pada malam itu.
Pendedahan itu dibuat dalam sidang media bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim, di ibu pejabat KeADILan, Petaling Jaya dan hadir sama dalam sidang media itu pemimpin KeADILan, Tian Chua, Sivarasah, Saifuddin Nasition, Azmin Ali serta kelihatan bersama-sama pihak media ialah Raja Petra Kamaruddin.
Bagaimanapun, lapor Bernama, penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang semalam menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam akuan bersumpahnya bertarikh 1 Julai, hari ini menarik balik tuduhan itu.
Semua tuduhan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak tepat dan tidak benar, kata Balasubramaniam menerusi peguamnya M. Arulampalam pada sidang akhbar di sini.
Sumber: HarakahDaily.net
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15572&Itemid=1
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Friday, July 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment