Bukti Baru - Pegawai Eksekutif Hospital Southern (yang kini dikenali Hospital Putra) mengemukakan saman malu terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dikatakan memfitnahnya.
Abdul Hamid Mustapah 48, berkata saman tersebut difailkan oleh Tetuan Puthucheary Firoz dan Mai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada akhir 2005 dan akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka pada 30 dan 31 Julai ini setelah permohonan pihak defendan untuk memindahkan kes tersebut ke Melaka diluluskan mahkamah.
Katanya, saman tersebut merupakan tindakan susulan setelah Mohd Ali enggan memohon maaf dan membayar gani rugi sebagaimana yang diminta Abdul Hamid menerusi peguamnya.
"Akibat fitnah tersebut, reputasi saya sebagai seorang profesional terjejas teruk sehingga menyebabkan saya sukar mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat lain," dakwanya kepada Sinar Harian semasa ditemui di kediamannya di sini.
Menurut tuntutan saman kes tersebut yang berjaya diperoleh Sinar Harian, Abdul Hamid mendakwa Mohd Ali menfitnahnya dengan menuduh beliau mengarahkan kakitangan Hospital Southern supaya tidak memberikan rawatan kepada Exco, Datuk Ab Rahaman Ab Karim, yang kini merupakan ADUN kawasan Pantai Kundor.
Selain itu, beliau juga mendakwa turut dituduh enggan memberi rawatan kepada isteri Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu iaitu Datuk Ahmad Roslie Johari.
Abdul Hamid mendakwa pertuduhan tersebut dilakukan Mohd Ali semasa mensyuarat Jawatankuasa Kakitangan dan Kewangan Hospital Southern kediaman beliau di Seri Bendahara, Ayer Keroh, pada 15 Ogos 2005.
Beliau mendakwa dalam mensyuarat yang sama, defendan turut memfitnahnya dengan mengatakan beliau (Abdul Hamid) membuat penipuan berkenaan akaun Hospital Southern.
Berikutan kedua-dua tuduhan tersebut, beliau kemudiannya dipindahkan ke Bahagian Promosi Pelancongan.
Bagaimanapun, beliau enggan melaporkan diri sekali gus menyebabkan beliau dipecat melalui surat yang dihantar kepadanya pada awal Oktober 2005.
Dalam tuntutan samannya, Abdul Hamid mendakwa tindakan Mohd Ali membawa makna bahawa beliau (Abdul Hamid) bertindak secara tidak beretika selain menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua sebuah organisasi milik kerajaan.
Beliau turut mendakwa berikutan tuduhan tersebut, reputasinya terjejas teruk di kalangan golongan profesional, kakitangan hospital, ahli-ahli Lembaga Pengarah hospital, Kerajaan Negeri Melaka dan orang awam.
Berikutan itu, Abdul Hamid menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta berserta faedah lapan peratus setahun daripada defendan, selain kos dan perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sumber: Sinar Harian
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Saturday, July 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment