Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Saturday, July 5, 2008

Kenyataan Akhbar AMK Melaka (Melaka Negeri Warisan Dunia)

4 Julai (Bandar Melaka) - Angkatan Muda Keadilan Melaka telah mempersoalkan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang ingin melobi Melaka sebagai negeri warisan dunia seperti yang tersiar di akhbar Sinar Harian bertarikh 5 julai 2008 (Sabtu). Ini membuktikan AMK Melaka bukan sahaja peka dengan kebajikan dan permasalahan yang ditanggung rakyat Melaka tetapi AMK Melaka juga memainkan peranan dan peka terhadap monumen sejarah yang sudah tentu perlu dipelihara.

AMK Melaka telah menjadikan Padang Banda Hilir yang kemudiannya ditukar nama kepada Padang Pahlawan dan akhirnya didirikan sebuah pusat membeli-belah (Dataran Pahlawan Melaka Megamall) sebagai contoh. Padang Pahlawan merupakan tempat orang melayu berhimpun pada suatu ketika dahulu bersama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bagi mengisytiharkan kemerdekaan.

Sdr. Hairiz Nordin (Timb. AMK Melaka) telah menyatakan Akibat daripada pembangunan yang dilakukan telah menyebabkan sejarah dan nilai kawasan tersebut hilang dan menyebabkan generasi akan datang tidak dapat menghayati nilai sejarah yang pernah tercipta di situ. Selain itu AMK Melaka juga menyelar tindakan kerajaan negeri yang memusnahkan Bazar MARA di Padang Nyiru yang dibina sekitar 60-an dan menjadikan kawasan tesebut tempat meletak kenderaan.

Menurut Sdr. Hairiz lagi pembinaan menara Taming Sari juga telah hampir menyebabkan artifak sejarah Kota A'Famosa musnah ketika kerja pembinaan menara tersebut. Sidang akhbar pada 4 Julai 2008 ini juga telah disertai oleh Ketua Penerangan AMK Melaka Ong Teck Chuan dan beberapa AJK AMK negeri.

Admin

No comments: