Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Saturday, July 5, 2008

SUMPAH!

A'km to all.

Sorry xx smpat nk update blog.

Bizi gilerz dar..almaklumlah. Ramai yg tanya saya berkenaan sumpah saperti yg dicadang oleh SS Mufti Perlis. Buat makluman, semasa berucap di Stadium Malawati DSAI telah pun bersumpah menafikan tuduhan tsb. Malahan pada 19 Sept 1998 pun DSAI bersumpah juga di Batu Pahat semasa dituduh oleh Azizan.

Sebenarnya saya secara peribadi tidak bersetuju dengan sumpah bersumpah ni. Ini adalah amalan yang tidak sabit dari syariat Islam ataupun sunnah Nabi. Saya agak terkejut SS Mufti Perlis, yang juga sahabat saya mengemukakan cadangan tersbut. Tidak ada mana-mana hadis yang menunjukkan bersumpah ini amalan Nabi. Sebenarnya bersumpah dengan junjong kitab ini adalah amalan bukan Islam. Contohnya orang Kristian.

Di dalam amalan Islam, sumpah ini adalah dalam bentuk bayyinah. Iaitu apabila seseorang dikenakan pertuduhan dalam Mahkamah Syariah dengan sesuatu tuduhan (saperti suami menuduh isteri berzina) maka menurut syariat iaitu usul fiqh bahawa beban bukti ke atas yang mendakwa..manakala bersumpah untuk yang kena tuduh. Ini adalah sebahagian daripada sistem keterangan dalam syariat Islam.

Contohnya apabila seorang isteri dituduh berzina oleh suaminya dan dia tiada saksi untuk membela diri..maka dia boleh bersumpah isti'azah menafikannya; yg jika dia bersumpah maka Mahkamah akan meminta suaminya turut bersumpah. Sekiranya suaminya bersumpah menegakkan dakwaannya, maka Mahkamah akan neutralise kes. Si isteri akam dibebaskan dari tuduhan zina dan suami akan dibebaskan dari tuduhan qazaf (menuduh tanpa saksi). Tetapi kalau suami enggan bersumpah, maka isteri itu akan dibebaskan tetapi suami mungkin dikenakan tuduhan qazaf.

Tapi yang pentingnya sumpah isti'azah ini hanya boleh dibuat dalam Mahkamah didhadapan seorang Hakim yang melaksanakan undang-undang Islam. Persoalannya adakah kita mengamalkan sistem syariat Islam tersebut. Jelas jawapannya tidak. Maka prasyarat untuk bersumpah itu tidak ujud dalam negara Darul Hadhari kita ni. Janganlah kita terikut-ikut cara bukan Islam ini. Malahan saya berpendapat kalau benar mahukan Anwar bersumpah..kenakanlah pertuduhan terhadap beliau di Mahkamah Syariah yang benar-benar menjalankan hukum-hakam Islam. Wallahua'lam.

AdiosSent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sumber: Zulkifli Nordin (The Riding MP) Blog
http://zul4kulim.blogspot.com/2008/07/sumpah.html

No comments: