Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, July 12, 2009

2 Timbalan Menteri UMNO Setuju DUN Perak Dibubar - TVA

Dua Timbalan Menteri UMNO bersetuju supaya DUN Perak dibubar bagi menyelesaikan kemelut pentadbiran di negeri itu.

Ahli Parlimen Bukit Gantang Nizar Jamaluddin berkata, beliau di dekati dua orang timbalan menteri berkenaan ketika Dewan Rakyat bersidang di Parlimen minggu lalu.

“Ya, dia memberikan luahan hati dia, kemelut di Perak secara peribadi kami sendiri memang mahu dibubarkan DUN, itulah penyelesaian paling baik untuk jangka panjang.

“Sendiri jumpa saya dan dia cakap masa sesi di Parlimen, dia sendiri meluahkan, saya hendak beri tahu rakyat memang Timbalan Menteri UMNO menyatakan bubar. Cuma dia kata oleh kerana pimpinan dia begitu, dia terpaksa ikut,” katanya ketika di temui di Manik Urai.

Katanya, membubar DUN adalah kaedah terbaik kerana di negeri-negeri komanwel pembubaran akan dilakukan sekiranya berlaku kemelut perlembagaan.

Sementara itu katanya, beliau yakin dengan usaha yang ditunjukkan oleh semua petugas di Manik Urai, Pas boleh memenangi kerusi DUN berkenaan.

TVA

No comments: