Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, July 9, 2009

H1N1 (Melaka): Tujuh positif - HMetro

MELAKA: Tujuh anggota kadet pelatih Akademi Laut Malaysia (Alam), di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, Alor Gajah, dekat sini, menjadi antara individu terbaru disahkan positif virus influenza A (H1N1), semalam.

Semua mereka yang berusia 18 hingga 22 tahun termasuk dua warga asing, adalah sebahagian daripada seramai 50 kadet pelatih dikuarantin di akademi itu selepas dikesan menunjukkan simtom diserang virus berkenaan pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Ghazali Othman ketika dihubungi di sini mengesahkan perkara itu.

Katanya, hasil ujian makmal semalam (kelmarin) mengesahkan ketujuh-tujuh kadet pelatih itu positif H1N1 dan mereka sudah diasingkan di blok isolasi.

“Oleh kerana pihak akademi mengambil langkah awal (pengasingan), kita menjalankan rawatan di akademi berkenaan dan tiada kadet pelatih yang positif H1N1 dirawat di Hospital Melaka.

“Sementara seramai 43 lagi rakan kadet pelatih terbabit masih dirawat dengan antiviral dan semuanya stabil di bilik pengasingan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hawl Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Norpipah Abdol dalam satu kenyataan berkata, dengan pertambahan tujuh lagi kes baru itu, bermakna bilangan pesakit yang disahkan positif H1N1 di Melaka sehingga kini 13 orang.

Pada masa sama, 115 individu juga sudah diperiksa dan enam daripadanya masih menunggu keputusan.

Norpipah berkata, berikutan perkembangan baru berkenaan, semua blok penginapan dan isolasi di akademi terbabit di dekontaminasikan, manakala tenaga pengajar serta pelatih yang tidak sakit diarah menjalani proses kuarantin bagi mengelak penularan wabak itu.

HMetro

No comments: