Pondok Kempas, Jasin (11 Julai 2009) - Kontroversi dan kemelut di Kampung Pondok Kempas, Jasin berterusan apabila Ketua Cawangan UMNO kampung tersebut yang dikenali Borhan Hassan bertindak mengugut bekas Ketua Wanita UMNO yang telah pun mengishtihar keluar UMNO pada minggu lepas.
Kejadian yang berlaku pada jam 9.30 malam tadi, telah mengakibatkan perang mulut di antara Ketua Cawangan UMNO bersama 3 orang penyokongnya dengan bekas Ketua Wanita UMNO cawangan kampung tersebut. Apa yang dikesalkan apabila Ketua Cawangan UMNO tersebut telah mengugut untuk membawa kes keluar UMNO itu ke mahkamah.
Kejadian tersebut tidak terhenti di situ, malah pelbagai kata-kata kesat antaranya "Kepala B***k kau" dilontarkan oleh Ketua Cawangan UMNO tersebut. Walau bagaimanapun, bekas Ketua Wanita UMNO yang menjadi mangsa masih tetap dengan keputusannya.
Kejadian ini jelas menunjukkan UMNO yang terkenal dengan tindakan samseng dan baru-baru ini telah terlibat dengan kejadian mengganggu kempen daftar pengundi yand diadakan parti komponen Pakatan Rakyat Melaka berterusan bertindak dengan sesuka hati.
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment