Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Tuesday, July 7, 2009
Jangan lupa esok 8 Julai 2009 ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur !
GERAKAN RAKYAT TOLAK KONSPIRASI JAHAT TERHADAP ANWAR IBRAHIM (KEJAM) mengajak semua rakyat Malaysia berkumpul di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur hari Rabu 8 Julai 2009 jam 8 pagi. Berpakaian serba hitam sebagai tanda sokongan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jom sokong DSAI yang telah dizalimi oleh PM Najib. Reformasi !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
CADANGAN BUTIRAN PEMBELAAN BAGI KES PERBICARAAN
Al-Quran & Hadis undang-undang tertinggi di Malaysia?
Baru ini saya melewati Wikipedia dan mendapati jawapan kepada status kebebasan beragama di Malaysia seperti di bawah:
Status kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi. Islam merupakan agama rasmi dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap kebebasan beragama, paling ketara penyebaran agama selain Islam kepada Muslim. Bagaimanapun, persoalan sama ada Malaysia merupakan negara Islam atau sekular masih belum berjawab; Wikipedia
Saya meneliti Perlembagan dan mendapati tafsiran sebenar Perlembagaan Malaysia menunjukkan Al-Quran & Hadis adalah sebenarnya undang-undang tertinggi di Malaysia, dan mana-mana undang-undang, perjanjian atau perbuatan bercanggah dengannya adalah tidak sah dan menjadi terbatal.
Namun itu kenapa ia menjadi sebaliknya? Kenapa perlaksanaan Al-Quran dan Hadis sebagai undang-undang tertinggi diabaikan dan disisihkan? Ini kerana perlaksanaan undang-undang hari ini berasaskan fahaman yang terpesong dari maksud sebenar Perlembagaan. Ini kerana mereka menafsirkan perkara 3 (1) Perlembagaan sebagai bermaksud Islam agama rasmi di Malaysia. Ini adalah penafsiran yang terpesong. Terdapat beberapa faktor dan antara fahaman terpesong kerana pengamal undang-undang tidak memahami definisi Islam yang sebenar, dan isu tidak pernah dicabar di Mahkamah.
…
Alasan Ringkas
Berdasarkan di atas, alasan ringkas ialah bagi dakwaan Al-Quran & Hadis sebagai undang-undang tertinggi ialah:
Reason:
1. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi
2. Undang-undang tertinggi menyatakan Islam agama Persekutuan
3. Islam agama Persekutuan bermaksud Pengabdian Persekutuan
4. Pengabdian Persekutuan bermaksud Persekutuan mesti membenarkan perlaksanaan ibadah mengikut Al-Quran & Hadis
Conclusion: Ini bermaksud Perlembagaan mesti membenarkan ibadah terkandung di dalam Al-Quran & Hadis, dan termasuk perlaksanaan undang-undang Islam. Oleh itu ini membawa maksud undang-undang Al-Quran & Hadis adalah undang-undang tertinggi di Malaysia.
(bersambung - artikel Penuh: http://muslimvillage.wordpress.com/)
Post a Comment