Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, July 6, 2009

Jurutera sah positif H1N1 - HMetro

MELAKA: Satu lagi kes terbaru jangkitan selesema babi dicatatkan di negeri ini membabitkan seorang jurutera lelaki apabila dia disahkan positif virus berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Ghazali Othman, berkata mangsa yang berasal dari negeri ini dipercayai dijangkiti virus berkenaan ketika bercuti di Bali, Indonesia minggu lalu.

Katanya, berdasarkan siasatan lelaki dari Batu Berendam, itu bercuti empat hari di Bali, bermula 26 Jun lalu dan pulang semula ke negara ini pada 30 Jun lalu, menerusi Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

“Dia mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Melaka Jumaat lalu selepas mempunyai simptom jangkitan H1N1.

“Lelaki terbabit dikesan positif dijangkiti virus berkenaan menerusi pemeriksaan swab tekak yang dijalankan terhadapnya,” katanya di sini, semalam.

Pada minggu lalu dilaporkan seorang pelajar perempuan berusia 20 tahun menjadi mangsa pertama di negeri ini disahkan dijangkiti H1N1.

Pelajar dari Universiti Nottingham cawangan Semenyih di Selangor itu dipercayai dijangkiti H1N1 selepas menyertai acara sukan universiti berkenaan di kampus induknya di London.

Bagaimanapun, keadaan pelajar terbabit dilaporkan semakin stabil.

HMetro

No comments: