Permohonan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan dokumen dan bukti pertuduhan dari tangan pendakwaraya berkaitan kes liwatnya ditangguhkan bagi membenarkan peguamnya mendapatkan rawatan kesihatan.
Peguambela Sulaiman Abdullah memberitahu Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah bahawa beliau tidak sihat dan mahu berjumpa doktor. Beliau juga meminta Mahkamah untuk menangguhkan sesi hari itu.
"Saya dan pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abiden, mahu meneruskan permohonan hari ini, tetapi, saya tidak sihat dan perlu rawatan," kata Sulaiman.
Hakim Zabidin bersetuju dengan permohonan tersebut dan menangguhkan sidang sehingga Sulaiman mendapatkan rawatan.
Menurut peguambela Sankara Nair, Sulaiman berasa pening sejak semalam dan telah dibawa ke Pusat Rawatan Pantai untuk dirawat.
Anwar memfailkan permohonan mendapatkan dokumen pertuduhan dari milikan pendakwaraya negara pada Jun tahun ini, yang didakwa enggan menyerahkan bukti-bukti itu bagi membantu kes pembelaaan.
Antara dokumen yang dipohon adalah rakaman CCTV, sampel DNA, laporan ahli kimia, kenyataan saksi serta laporan perubatan.
TVA
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment